Mahu anak zodiak Libra, Janna dikecam netizen

KEINGINAN pelakon Janna Nick menimang cahaya mata berbintang zodiak Libra mengundang pelbagai reaksi netizen termasuklah dianggap syirik.

Rata-rata menyifatkan perkara tersebut tidak sewajarnya menjadi sasaran pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner sebaliknya beliau disarankan berdoa agar zuriat yang dilahirkannya sihat dan cukup sifat.

Sepatutnya minta anak yang sihat dan sempurna, bukannya sibuk mahu berzodiak Libra.

“Alahai Janna, bukankah percaya kepada zodiak adalah perkara syirik?” komen netizen.

Meskipun menerima ribuan kecaman, ada juga netizen mendoakan Janna dan suaminya, Dini Schatzman menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat.

Biarlah dia dengan dengan keinginan tersebut, semoga mereka dapat anak dalam tempoh terdekat!” komen netizen.

Terdahulu, Janna, 28, dalam satu temu bual bersama sebuah portal hiburan meraih kecaman ramai apabila pelantun lagu Gatal itu menzahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober.

Seboleh-bolehnya saya mahu anak berzodiak Libra, jadi tahun ini sudah tidak sempat.

“Entah kenapa saya meminati zodiak itu, jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki, saya nak anak saya Libra,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Sebelum ini, Janna pernah memberitahu media dia terbuka sekiranya diberikan rezeki awal untuk memiliki zuriat.

Janna yang juga seorang penyanyi selamat mendirikan rumah tangga bersama aktor, Dini Azan Schatzmann di Masjid Aisyah, Pulau Langkawi, Kedah sebelum diraikan dalam majlis resepsi tertutup di sebuah pusat peranginan pada 10 Jun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok