Lisa tiada tandingan, lakar kejayaan di Perancis

KARIER anggota kumpulan Blackpink, Lisa terus memuncak apabila lagu dendangannya, Money menjadi satu-satunya lagu solo artis K-Pop berjaya memperoleh pensijilan Gold Single daripada Syndicat National de l’Édition Phonographique (SNEP) di Perancis.

Pensijilan emas itu diberi selepas lagu tersebut berjaya meraih 15 juta penstriman dan jumlah sama juga diraih untuk muat turun serta jualan album fizikal di negara tersebut.

Tidak terhenti di situ, Lisa kini merupakan artis solo K-Pop pertama dalam sejarah yang punya banyak single diminati di Perancis antaranya lagu duet bersama DJ Snake, Megan Thee Stallion dan Ozuna berjudul SG.

Pelbagai kejayaan diraih Lisa membuktikan bintang asal Thailand itu berada di liga tersendiri yang sukar ditundukkan penyanyi lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok