Lee Jae-hoon belanja pekerja barang mewah

SEBAGAI tanda penghargaan, pelakon Lee Jae-hoon memberikan hadiah barangan mewah bernilai ribuan ringgit kepada pekerjanya yang telah memberikan khidmat secara telus dan cemerlang.

Memetik laporan media Korea, Jae-hoon secara peribadi memilih sendiri hadiah tersebut mengikut kesesuaian pekerjanya.

Kesemua pekerja pelakon Taxi Driver itu menerima pelbagai hadiah mewah, termasuklah, jam tangan Rolex, MacBook edisi baharu, kamera dan beg tangan.

Pemberian hadiah sebegitu merupakan cara Jae-hoon menghargai pekerja yang sanggup jatuh bangun bersama sepanjang berkhidmat dengannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok