Lama tunggu Syamsul, impian Sharnaaz tercapai

SETIAP pelakon pasti ada impian untu dilakukan, begitu juga Sharnaaz Ahmad.

Diva baru tahu bahawa dia pernah memasang impian untuk bekerja dengan Syamsul Yusof dan akhirnya tercapai!

Siapa yang tak mahu bekerja dengan pengarah berbakat besar seperti Syamsul, majoriti karyanya pasti pecah panggung.

“Saya pernah bermimpi untuk bekerja dengan Syamsul.

“Kini, saya menjadi pelakon utama untuk filemnya, syukur,” kata Sharnaaz dalam Instagram baru-baru ini.

Difahamkan, Sharnaaz merupakan pelakon utama bagi filem The Original Gangster.

Tak salah kalau Diva nak ucapkan tahniah sebab akhirnya mimpi Sharnaaz jadi kenyataan.

DIVA: Ada yang kata Hun Haqeem, Erysha Emyra bercinta. Betul ke?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok