Lama berehat, Junho hadiah lagu baharu

SELEPAS lama ‘hiatus’ dalam bidang nyanyian, Junho kembali memanaskan sayap muziknya menerusi pelancaran single terbaharunya, Can I.

Anggota kumpulan 2PM itu kembali memenuhkan aktiviti seninya dengan mempromosikan single terbaharunya di Jepun.

Sebelum ini, pelakon yang popular dalam siri Netflix bertajuk King The Land itu berehat daripada dunia nyanyian sejak Disember 2018 dengan album terakhirnya Junho The Best.

Album tersebut sekali gus menjadi karya muzik terakhir Junho sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok