Lady Jane, Lim Hyun-tae kahwin awal

SELEPAS tujuh tahun menyulam cinta, pasangan selebriti Lady Jane dan Lim Hyun-tae selamat bergelar suami isteri pada 22 Julai lalu.

Sebelum ini mereka dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada Oktober tetapi kemudian memutuskan untuk melangsungkan hari bahagia lebih awal berikutan bapa pengantin perempuan dalam rawatan.

Biarkan diawalkan, majlis tetap berjalan lancar di Seoul dengan kehadiran ramai tetamu termasuk rakan selebriti pengacara Kim Il Jung dan penyanyi Woody.

Jane dan suami memilih Sepanyol sebagai destinasi bulan madu mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok