Kim Taehyung lebih nyenyak dalam kapal terbang

Anggota kumpulan BTS, Kim Taehyung mengakui lebih selesa tidur dalam kapal terbang berbanding dalam kereta mahupun atas katil di rumah sendiri.

Penyanyi tampan itu berkongsikan perkara tersebut menerusi aplikasi Weverse  miliknya sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon usai selesai kerja-kerja seni di Paris.

“Saya tidur dengan nyenyak di dalam kapal terbang berbanding di atas katil saya atau di dalam kereta.

“Saya rasa untuk tidur yang lena, kapal terbang adalah tempat yang paling sesuai untuk saya. Saja saya kongsikan ‘fun fact’ ini sebab saya tahu kalian mahu tahu banyak tentang saya kan?,” kata Taehyung.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok