Key mahir banyak bahasa

DALAM rancangan realiti NCT Universe Lastart, penyanyi Key menarik perhatian apabila lancar menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris untuk berkomunikasi dengan peserta dari negara berbeza.

Perkara tersebut terserlah semasa peserta Haruta yang berasal dari Jepun dan Anderson anak jati Kanada menyempurnakan persembahan mereka.

Peminat sangat teruja melihat kebolehan Key yang mahir dalam pelbagai bahasa.

Peralihan pertuturan bahasa anggota kumpulan Shinee itu juga menjadi tumpuan utama semasa program tersebut berlangsung. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok