[VIDEO] Keguguran anak kedua, Uyaina reda

PENGACARA dan pelakon, Uyaina Arshad reda meski hasrat menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran pada Mei lalu.

Mengulas perkara itu, Uyaina, 30, menerima kehilangan tersebut dengan berlapang dada.

“Alhamdullilah, Allah SWT beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Gembiranya tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Syukur.

“Tetapi sayang, kandungan tak lama kerana keguguran. Walaupun sebentar, tetap syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” kata pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu.

Sementara itu, Uyaina turut menitipkan penghargaan dan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran.

“Hari ini ialah ulang tahun kelahiran suamiku, saya bersyukur kerana melalui perjalanan (rumah tangga) ini dengan awak.

“Terima kasih sebab sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.

“Semoga Allah kurniakan kita rezeki, saling menyayangi dan berkasih sayang hingga ke syurga,” ujar hos program Wanita Hari Ini itu.

Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok