Kahwini Athirah? Tiada perancangan ke arah itu – Hafidz Roshdi

Selepas ini saya tiada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu (perkahwinan).  Saya tidak cakap untuk umumkan sesuatu pun.”

Demikian respons pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan akan berkahwin dengan pihak ketiga yang dikaitkan dengan rumah tangganya, Athirah Yuhada dalam masa terdekat.

Ditemui media usai prosiding pengesahan lafaz cerai hari ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkata dia hanya berkawan dengan Athirah.

Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, aktor itu berjanji akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita bernama Athirah Yuhada semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Jun lalu.

Pada masa sama, Hafidz, 29, turut menafikan sudah berkahwin dengan Athirah dan akan berbincang perkara tersebut kelak.

“Saya belum berkahwin lagi. Relaks dulu. Nanti kalau ada saya umumkan.

Pengakuan untuk dia (Athirah) saya akan buat selepas bercerai. Tiada komen. Itu di bawah perbincangan nantilah,” jelasnya lagi.

Sejak Februari lalu, isteri kepada Hafidz mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga sekali gus memberi bayangan suaminya bermain kayu tiga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Bekas Hero Remaja 2011/2012 itu dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.

Mereka disahkan bercerai talak satu pada Februari lalu oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok