Jungkook tawan carta AS

SATU demi satu pencapaian diraih anggota kumpulan BTS dan kali ini giliran Jungkook mengukir sejarah baharu apabila menjadi artis K-Pop pertama muncul tangga teratas carta Spotify Amerika Syarikat.

Pemilik nama lengkap Jeon Jung-kook itu debut di posisi teratas carta tersebut menerusi single solo terbaharunya berjudul Seven.

Selain itu, dia merekodkan debut penstriman ketiga terbesar dalam sejarah carta Spotify global.

Pencapaian penyanyi berusia 26 tahun itu mencerminkan dedikasi dan sokongan Army (kelab peminat) yang  menjadi tulang belakang selebriti kegemaran mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok