Jung Seung-hwan sertai ketenteraan

MENGINJAK usia 27 tahun menjadikan penyanyi Jung Seung-hwan dipilih menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Berita tersebut diumumkan oleh pihak pengurusannya, Antena dalam sebuah kenyataan.

“Jung Seung-hwan akan memasuki pusat latihan tentera pada 17 Julai kelak dan harus menerima latihan asas terlebih dahulu.

“Bagi mengurangkan kesesakan, kami tidak akan adakan acara rasmi semasa hari pendaftarannya.

“Kami juga berharap peminat tidak mengunjungi lokasi kem tentera bagi mengelak kesesakan,” ujar kenyataan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok