Julien Kang umum bertunang

Pelakon kacukan Perancis dan Korea, Julien Kang bertunang dengan seorang pempengaruh kecergasan yang dikenali dengan nama JJ.

Mereka mendedahkan berkenalan lebih kurang sebulan lalu.

Julien dengan terbuka berkongsi sekeping foto memberi bayangan dia dan tunang kini sedang meniti fasa bahagia sebagai pasangan kekasih.

“Mengapa membuang masa anda apabila anda tahu dia adalah orangnya,” tulisnya dalam ruangan kapsyen foto tersebut.

Foto tersebut menunjukkan Julien Kang berpegangan tangan dengan JJ yang dilihat memakai sebentuk cincin tanda pertunangan.

Menurut sebuah laporan, JJ sebelum ini pernah berkongsi bahawa dia dan Julien Kang berkawan selama 3 tahun sebelum memutuskan untuk menjalin hubungan percintaan.  – HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok