Jinha ‘dibuang’ Tri.be

SETELAH setahun berdiam dari industri, penyanyi Jinha dikatakan sudah benar-benar menarik diri daripada kumpulan Tri.be.

Perkara tersebut diumumkan agensinya, TR Entertainment yang akur dengan keputusan penyanyi berusia 20 tahun atas faktor kesihatan.

“Jinha berehat sejak Mei tahun lalu akibat masalah kesihatan dan memberikan tumpuan untuk merawat diri.

“Sehinggalah baru-baru ini, pihak label berbincang mengenai masa depan Jinha kerana kami juga sedar tentang penantian peminat yang sekian lama.

“Atas persetujuan bersama, kami memutuskan untuk menamatkan aktivitinya bersama kumpulan Tri.be bagi memberi lebih ruang kepada Jinha terhadap proses memulihkan diri,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok