Jin dapat pangkat Pahlawan Kelas Khas

Penyanyi Jin BTS dinaikkan pangkat sebagai koperal walaupun baru beberapa bulan menjalani latihan ketenteraan.

Pangkat diterima iaitu Pahlawan Kelas Khas merupakan penghormatan kepada pelatih tentera yang menunjukkan
ketahanan fizikal dan kekuatan mental luar biasa sepanjang latihan ketenteraan.

Pangkat berkenaan diberikan berdasarkan kecekapan tempur pelatih termasuk kemahiran menembak, kecergasan fizikal dan daya tahan mental.

Jin, 31, bakal menerima ganjaran cuti (biasanya empat hingga lima hari) dan dinaikkan pangkat lebih awal.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok