Jimin sekali lagi tawan Amerika

Anggota kumpulan BTS, Jimin sekali lagi mencipta fenomena dalam dunia muzik apabila lagu terbaharunya, Set Me Free. Pt.2 menembusi tangga 30 teratas carta popular Billboard Hot 100.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan bahawa jenama Jimin di Hollywood masih lagi relevan dan diterima di negara Uncle Sam itu.

Sebelum ini, lagu dendangannya berjudul Like Crazy berjaya meraih tempat pertama dalam carta unggul di Amerika Syarikat tersebut.

Kejayaan itu sekali gus meletakkan Jimin sebagai penyanyi solo Asia kedua dalam tempoh 60 tahun yang menduduki tempat pertama dalam carta itu selepas Kyu Sakamoto menerusi lagu Sukiyaki.

Selain itu, Jimin merupakan artis solo Korea pertama dan satu-satunya dalam dekad lalu yang berbulan lamanya menduduki carta popular itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok