Jennie menangis, disangka sakit mental

AIR mata yang mengalir di pipi Jennie sewaktu menjayakan konsert Blackpink BST di London baru-baru ini benar-benar merungsingkan peminat.

Tidak seperti biasa, penyanyi yang popular dengan lagu Flower itu diligat sugul dan sungguh beremosi semasa menyampaikan lagu Tally, sekali gus membuatkan pemi­nat mula berteka-teki.

Segelintir pula mendakwa penyanyi berusia 27 tahun itu sedang berdepan ketidakstabilan emosi atau tekanan perasaan yang biasanya dilalui selebriti lain.

Paling teruk, ada juga yang membuat andaian bahawa penyanyi itu berpotensi mengalami masalah kesihatan mental dan berharap Jennie berada dalam pemantauan ketat pihak pengurusan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok