Jennie Blackpink ‘masuk’ air

SEBELUM mengadakan konsert di Osaka, Jepun, penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Jennie terpaksa menerima rawatan akibat masalah kesihatan. Bukan hanya perlu makan ubat, Jennie bahkan perlu dimasukkan air untuk pulih dengan segera.

Berita tersebut membimbangkan peminat yang menjangka penyanyi berusia 27 tahun itu tidak makan dengan betul dan kurang rehat kerana jadual yang padat.

Lebih membimbangkan apabila kejadian sama pernah berlaku kepada anggota kumpulan Twice iaitu Sana yang jatuh semasa mengadakan konsert.

Peminat berharap kejadian sama tidak berlaku kepada Jennie semasa menjayakan konsert jelajah dunia mereka di lokasi seterusnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok