Jatuh tangga ketika latihan, Eric ‘lupakan’ konsert

BERIKUTAN cedera ketika menjalani latihan, anggota kumpulan The Boyz, Eric terpaksa menarik diri daripada menyertai konsert The Boyz 2nd World Tour: Zeneration yang berlangsung di Singapura.

Agensinya, IST Entertainment memaklumkan, Eric tidak dapat membuat persembahan dalam konsert tersebut kerana perlu menjalani rawatan dan rehat yang cukup.

Konsert tersebut akan tetap diteruskan oleh sepuluh anggota kumpulan yang lain tanpa Eric.

Mohon maaf, Eric tidak dapat meneruskan persembahan kerana dia memerlukan rehat yang cukup untuk kembali sembuh.

“Eric kini berada di hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut, dia mengalami kecederaaan di bahagian belakang kerana terjatuh dari tangga ketika latihan,” jelas agensi dalam satu kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok