[VIDEO] Imej seksi, Alya Iman tak hirau kecaman

MESKI sedar dirinya akan dikecam jika terus bernampilan seksi, pelakon Alya Iman, 22, tetap dengan pendirian ingin menonjolkan dirinya yang sebenar.

Puteri kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu bahkan berharap orang ramai dapat menerima penampilan terkininya.

“Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam.

“Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya kepada HibGlam di majlis sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara, semalam

ALYA tetap baca komen nitezen meski dihalang orang terdekat dengannya.

Ditanya sama ada Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil memberikan tumpuan kepada komen dalam media sosial, dia akui tetap membaca walaupun sudah dilarang.

Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali.

“Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.

Semalam, pelakon Ku Punya Hati itu tampil mengayakan gaun hitam tanpa lengan dengan ditemani abangnya.

Sebelum ini, Alya mengejutkan ramai apabila tampil tidak bertudung ketika sambutan 1 Syawal lalu.

Tindakan tersebut dilakukan atas sebab aktres itu tidak mahu hipokrit dan ingin menonjolkan dirinya sendiri. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok