Honey J tak kisah gemuk demi anak

SEJAK bergelar ibu, bentuk badan penyanyi Honey J mengalami perubahan yang sangat ketara.

Perbezaan tersebut dapat dilihat apabila saiz tubuhnya semakin bertambah sehingga sukar melakukan senaman asas.

Bagaimanapun, kegusaran pemilik nama sebenar Jeong Ha-nee itu berlalu pergi selepas melihat wajah bayi kesayangannya.

“Sudah tentu bentuk badan saya tidak sama selepas melahirkan anak. Paling mengejutkan saya harus ke gimnasium untuk menjalani latihan fizikal.

“Ada suatu ketika jurulatih minta saya buat bangkit tubi tetapi saya tidak dapat melakukannya.

“Saya sangat tertekan, namun apabila pulang ke rumah melihat anak, saya berasa lebih tenang,” katanya dalam satu temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok