Hilang merdu, Siti Nurhaliza perlu berehat?

SELAIN cerita kemenangan Bell Ngasri dan kebiadaban The 1975, terselit cerita kurang enak mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bukan Siti yang cetuskan isu tetapi terdapat segelintir individu yang berpendapat penyanyi itu harus berehat untuk memulihkan kembali suara.

Cadangan tersebut tercetus apabila ada individu mengatakan suara dan lenggok nyanyian Siti sudah tidak semerdu dahulu.
Katanya suara Siti kedengaran sedikit garau sejak beberapa persembahan kebelakangan ini dan perkara itu dipersetujui ramai.

Namun pengurusnya, Rozi memberitahu Siti adalah manusia biasa dan perubahan suara selepas 27 tahun bergelar penyanyi adalah normal.

Diva rasa ada benarnya juga apa yang pengurusnya maklumkan tetapi setuju dengan pandangan orang lain yang mahu Siti berehat sebentar untuk mencari semula lenggok yang hilang.

Mungkin peminat rindukan lenggok mahal Siti itu. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang salah dan setiap orang ada hak untuk lontarkan pandangan bukan?

DIVA: Ramai cakap lagu baru Siti berjudul Romansa Kita kurang menyengat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok