Haruto cuti khas, jaga datuk sakit

BUKAN disebabkan masalah kesihatan atau peribadi seperti kebanyakan artis, anggota kumpulan Treasure, Haruto pula akan berehat lama daripada industri hiburan demi menjaga datuknya yang sedang sakit.

Perkara tersebut diumumkan agensinya, YG Entertainment selain memberitahu Haruto tidak akan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti kumpulan Treasure dalam mempromosikan album mereka.

“Menjelang pelancaran album penuh kedua Treasure berjudul Reboot, kami ingin memaklumkan kepada peminat bahawa Haruto tidak dapat menyertai aktiviti promosi album kerana perlu menjaga datuknya.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi usai berita mengejut ini. Kami minta jasa baik semua peminat untuk faham keadaan Haruto, dia sedaya upaya merancang untuk kembali secepat mungkin,” ujar agensi.

Rata-rata peminat Treasure menzahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat bertemu idola pujaan mereka namun dalam masa sama memahami keadaan penyanyi tampan itu.

“Sedihnya, sudah lama rancang mahu tengok Haruto secara langsung, tidak mengapa, saya faham, jagalah datuk awak sebaiknya,” demikian komen peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok