Han So-hee, Chae Jong-suk hangat bercinta?

PIHAK agensi 9ato Entertainment menepis khabar angin artisnya, Han So-hee dan model YG KPlus iaitu Chae Jong-suk menjalin hubungan cinta.

9ato Entertainment mengeluarkan kenyataan bagi menjawab spekulasi yang bertebaran mengenai artis di bawah jagaannya itu.

Khabar angin mengenai hubungan antara Han So-hee dan Chae Jong-suk sama sekali tidak benar.

“Mereka hanya berkawan baik dan tidak menjalinkan hubungan percintaan,” katanya.

Chae Jong Suk hanya sekadar kawan Han so Hee.

Khabar angin hubungan dua selebriti itu  mula tersebar dalam komuniti atas talian berdasarkan hantaran yang dilakukan mereka berdua.

Malah, lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila So-hee dan dan Jong-suk masing-masing memuatkan gambar dari lokasi sama di luar negara secara serentak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok