Flower milik Jisoo terus cetus fenomena dunia

Anggota kumpulan Blackpink, Jisoo terus ‘meroket’ apabila lagu solonya berjudul Flower mencapai 200 juta jumlah penstriman dalam masa 86 hari.

Dia kini sebaris dengan rakan seperjuangan, Lisa sebagai penyanyi solo wanita K-Pop dengan lagu ‘terpantas’ melepasi 200 juta aliran dalam laman penstriman, Spotify.

Lagu Flower juga telah berjaya mengekalkan rekodnya sebagai lagu pertama oleh penyanyi K-Pop dalam carta global mingguan Spotify tahun ini yang melepasi 31.9 juta jumlah penstriman meskipun lagu tersebut baru hanya dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Lagu terdekat yang mengekori rapat rekod diraih Flower ialah Take Two nyanyian kumpulan BTS dengan 31 juta jumlah penstriman. – HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok