Fasha dikatakan persis Kareena Kapoor, Luna Maya pula

MASIH cerita Fasha Sandha yang bertebaran dalam media sosial.

Sebelum ini dituduh sakit dan potong usus kerana mahu kurus tetapi kali ini terima pujian ‘melambung’ pula.

Selain semakin langsing dan badan persis zaman anak dara, wajah Fasha juga dikatakan semakin jelita seiring dengan penurunan berat badannya.

Disebabkan itu, ramai yang mengatakan wajahnya mempunyai iras selebriti terkenal Indonesia iaitu Luna Maya dan aktres Bollywood, Kareena Kapoor.

“Makin cantik Fasha, sekali imbas sudah seperti Luna Maya,” komen netizen.

“Lain macam Fasha sejak kurus, kadang-kadang wajahnya sudah seperti pelakon Bollywood. Kareena Kapoor Malaysia,” puji peminatnya.

Diva pun tidak nafikan, Fasha memang semakin jelita. Ini bermakna, kerja kerasnya untuk mendapatkan bentuk badan sekarang sangat berbaloi.

Harap boleh menjadi contoh kepada lebih ramai individu di luar sana, kurus bukan untuk cantik sahaja tetapi demi menjaga kesihatan.

DIVA: Kenapa pelakon baru bangga dan suka tayang video sedang merokok dalam media sosial?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok