Farahdhiya lapor polis arwah bapa disunting buat seks oral

“Biar jadi pengajaran buat mereka di luar sana agar jangan ingat boleh senang bersembunyi di sebalik telefon selepas menabur fitnah.”

Demikian kata pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat seorang individu tidak dikenali terhadap Allahyarham bapanya, Mohd. Amin Zubir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maju, hari ini.

Menurut Farahdhiya, dalam gambar suntingan individu tidak dikenali tersebut memperlihatkan arwah bapanya dalam keadaan menjelekkan seakan-akan sedang melakukan seks oral.

Kata Farahdhiya atau nama sebenarnya, 39, tindakan individu terbabit memang melampau dan tidak boleh dimaafkan memandangkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Memang melampau! Saya tak tahu siapa buat kerja terkutuk ini tapi saya akan cari sampai ke lubang cacing.

“Saya buat laporan polis sebab saya teringin sangat nak tengok siapa yang buat benda ini. Bapa saya sudah meninggal dunia. Biar jadi pengajaran buat sesiapa yang berniat jahat di luar sana,” katanya ketika dihubungi HibGlam sebentar tadi.

Tambah pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, foto arwah bapanya disunting seperti berada di atas kubur bersama beberapa wanita melakukan perbuatan tidak bermoral.

Lebih memedihkan hati, foto yang telah disunting dihantar ke semula ke akaun Instagramnya menerusi direct message (dm).

“Saya tidak akan tarik balik laporan polis ini. Memang saya cakan cari dan bawa benda ini ke muka pengadilan,” katanya yang ditemani sahabat baik yang juga penerbit sensasi, Datuk A. Aida semasa membuat laporan polis berkenaan.

Allahyarham bapa Farahdihya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2020 akibat sejenis komplikasi paru-paru. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok