EXO nasihatkan Eunchae jangan ramai kawan artis

BERSTATUS senior dan lebih sedekad berada dalam industri seni, anggota kumpulan EXO iaitu Xiumin, Baekhyun dan Chanyeol berasa terpanggil untuk memberikan nasihat kepada penyanyi muda Eunchae.

Semasa rancangan realiti Eunchae’s Star Diary, anggota kumpulan Le Sserafim itu bertanyakan kepada ahli EXO bagaimana untuk menjadi kumpulan hebat pada 10 tahun akan datang.

Sebagai bintang yang lebih berusia, Baekhyun mula memberikan nasihat sehingga mengejutkan hos iaitu Hongchae yang pertama kali mendengar kata-kata demikian.

“Dalam industri ini, saya fikir awak akan bertahan lama, jika mempunyai pemikiran profesional dan bekerja keras. Tetapi awak tidak boleh hilang minat.

“Jangan buat ramai kawan dengan selebriti lain,” selorohnya ketika sesi temu bual.

Mengiyakan pendapat sebegitu, Xiumin mengakui, mereka tidak berkawan dengan artis lain dan hanya rapat bersama ahli EXO.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok