Dowoon tamat latihan ketenteraan

SECARA rasminya penyanyi Dowoon menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada 16 Julai lalu.

Berita tersebut sekali gus menjadikannya sebagai ahli ketiga Day6 menamatkan perkhidmatan ketenteraan selepas Sungjin dan Young K.

Sebelum ini, Dowoon mendaftar sebagai tentera pada 17 Januari 2022. Ini bermakna dia hanya menghabiskan latihan tersebut selama setengah tahun sahaja.

Selepas mendaftar sebagai tentera, Dowoon ditempatkan dalam Pasukan Muzik Angkatan Tentera Republik Korea.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok