Dihina tak cantik, Nadeera bolot trofi juara

SELEPAS 10 minggu bersiaran, program Big Stage musim kelima (BS5) akhirnya melabuhkan tirai pada malam Ahad lalu dengan menyaksikan penyanyi berbakat besar, Nadeera Zaini dijulang sebagai juara.

Anak jati Mersing Johor itu cemerlang mempamerkan persembahan mantap, sekali gus memperoleh markah keseluruhan tertinggi sebanyak 68.39 peratus, mengatasi lima lagi peserta lain.

Dengan kekuatan vokal yang lantang dan tinggi, Nadeera bersungguh-sungguh mempamerkan persembahan ketika segmen pertama (solo) apabila mendendangkan lagu Never Enough, nyanyian asal Loren Allred.

Tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton yang membanjiri auditorium bergema, tanda terpukau dengan lontaran vokal milik penyanyi berusia 30 tahun itu.

Bagaimanapun, suasana yang tadinya riuh tiba-tiba bertukar menjadi sebak, apabila Nadeera dilihat menitiskan air mata.

Rasa hiba terzahir bukan kerana dia berjaya mempamerkan persembahan cemerlang, tetapi air mata kesedihan tersebut gugur dek kecaman segelintir khalayak, hanya disebabkan anugerah kecantikan paras rupa yang tidak memihak kepadanya.

Saya tahu, saya tidak cantik,” kata Nadeera sewaktu meluahkan perasaan tentang kecaman yang harus ditelannya pada minggu-minggu awal pertandingan dalam BS5.

Dia dikatakan tidak memenuhi standard untuk bergelar seorang artis.
Penghinaan sebegitulah yang meluluhkan hati Nadeera, sehingga hampir mematahkan semangatnya meneruskan pertandingan.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok