Dibaling patung beruang, Dahyun tidak melatah

SIKAP penyanyi Dahyun harus dipuji apabila kekal tenang walaupun berdepan insiden buruk dibaling dengan objek ketika konsert jelajah dunia Ready To Be di Chicago, Amerika Syarikat.

Semasa kejadian, pemilik nama lengkap Kim Da-hyun itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepala seolah-olah memberi petanda dirinya baik-baik sahaja.

Tindakan penonton membaling patung beruang dianggap biadab serta boleh mendatangkan bahaya kepada penyanyi berusia 25 tahun itu.

Netizen beranggapan jika berterusan, perkara sebegitu merisikokan kecederaan kepada beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok