Demi karakter, Aqish tukar warna rambut!

KALAU sudah namanya pelakon berbakat, berilah apa sahaja watak, pasti mereka dapat lakukan dengan jayanya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang dianggap berkaliber juga sanggup lakukan apa sahaja demi menjayakan watak yang dipegang.

Contohnya seperti pelakon Puteri Balqis. Demi menjayakan watak sebuah drama, Balqis atau mesra disapa Aqish sanggup mewarnakan rambutnya kepada beberapa warna.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, dapat dilihat rambut pelakon berusia 16 tahun itu telah diwarnakan dengan warna merah, kuning, biru dan hijau. Meriahnya!

Tindakan yang dibuat Aqish itu ternyata telah mendapat sokongan dan pujian daripada peminatnya. Rata-rata menyuarakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton drama yang dilakonkan Aqish itu nanti

Agak-agak watak apa yang Aqish bakal bawa nanti? Tak sabar pula Diva nak tonton.

DIVA: Lizzy yang buka cerita rumah tangga dia, hujung-hujung wartawan juga yang salah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok