Demam marhaban, Siti pun join!

SIAPA sangka, video nyanyian marhaban yang dimuat naik dalam TikTok baru-baru ini meledak sehingga tular dan jadi siulan ramai.

Dalam kegilaan tersebut, beberapa selebriti terkenal turut tidak melepaskan peluang melakonkan semua babak menjadi ahli kumpulan marhaban.

Antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan pemenang keseluruhan bagi video parodi kategori artis.

Selain itu, Datin Alyah dan Baby Shima juga antara penyanyi yang tidak ketinggalan menyertai trend marhaban tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat video tular tersebut membuatkan ramai membuka mata mengenai aktiviti marhaban yang semakin dilupakan dalam kalangan generasi muda hari ini. Marhaban sebenarnya indah!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok