Dekta ikut jejak Siti Sarah

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Frasa itu sesuai menggambarkan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Dekta iaitu satu-satunya anak perempuan Allahyarham Siti Sarah.

Menyanyikan lagu Semakin milik ibunya, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Dekta selain membuat ramai sebak.

Pujian tersebut diberikan kepada Dekta atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra, 10, dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

“Dekta boleh menyanyi sehebat arwah ibunya.

“Sebutan Dekta sangat jelas dan dia ada aura seperti ibu. Meremang pula dengar,” puji netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok