[VIDEO] Daiyan Trisha trauma tapi puas

BERTUBUH kecil molek selain mempunyai sejarah anxiety bukan alasan untuk Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin mengelak daripada menyahut menyerlahkan sisi beraninya sebagai seorang pemain filem.

Ini dapat disaksikan menerusi filem terbaharunya, Sumpah Jerunei yang ditayangkan di seluruh pagawam tanah air sejak 27 Julai lalu

Tubuh lebam, jangkitan kuman dalam telinga dan berdepan semula serangan cemas atau gangguan anxiety antara cabaran yang dihadapi si cantik ini ketika 45 hari menyempurnakan penggambaran di Mukah dan Kuching, Sarawak empat tahun lalu.

Menurut Daiyan, babak dihumban dalam kolam selut buatan yang mengakibatkannya terpaksa berulang-alik bertemu doktor selama berbulan mengundang trauma berpanjangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Namun, seperti diluahkan Daiyan selepas menonton naskhah arahan Jason Chong itu, semua rasa sakit serta pengorbanan demi menterjemahkan watak Hana memberi imbalan berbaloi.

“Tiada apa yang saya kesalkan sepanjang menjayakan penggambaran walaupun turut berdepan emosi terpisah daripada keluarga hampir dua bulan di bumi kenyalang.

Banyak babak aksi, lasak dan mengerikan yang saya buat sendiri terutama terhumban ke dalam kolam kononnya pasir jerlus. Sebenarnya, itu merupakan campuran pasir, tanah, air dan daun kering.

“Saya kena tenggelamkan diri beberapa kali supaya nampak seakan-akan ditarik, tetapi situasi itu menyebabkan bahagian telinga saya terkena jangkitan kuman.

“Lepas penggambaran, saya ke klinik mendapatkan rawatan telinga serta bertemu pakar kerana serangan panik dan keresahan melampau atau anxiety yang datang semula,” katanya selepas tayangan perdana Sumpahan Jerunei, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Menurut bintang berusia 29 tahun itu, antara adegan yang turut mencetuskan trauma hingga dia tidak mengambil tawaran filem aksi seram lebih setahun adalah dikejar penghulu kampung.

“Babak lain yang menakutkan adalah ketika dikejar Tony Eusoff (penghulu) kerana saya terkena selumbar buluh dan luka disebabkan berkaki ayam saja.

“Saya menangis selepas penggambaran, tapi semua ini berbaloi walaupun lama juga kesan trauma itu,” katanya yang bangga dapat bergandingan dengan ramai bintang hebat termasuk Tony, Bront Palarea, Amerul Affandi, Syafie Naswip, Ruminah Sidek serta Uqasha Senrose.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok