Choiza kini bergelar suami

PENYANYI kumpulan Dynamic Duo iaitu Choiza selamat berkahwin dengan wanita pilihannya pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, penyanyi rap itu mengumumkan akan berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sekitar tiga tahun lalu.

“Kami berkenalan secara tidak langsung melalui kenalan rapat.

Senyumannya membuat saya tenang ketika saya ditimpa masalah.

“Dia juga memberikan saya keselesaan dalam hidup,” katanya kepada media Korea Selatan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok