Choiza dedah muka isteri

BUAT pertama kalinya, penyanyi Choiza mendedahkan foto perkahwinannya yang berlangsung pada minggu lalu.

Perkongsian foto berkenaan sekali gus merupakan momen kali pertama anggota kumpulan Dynamic Duo itu mendedahkan wajah isterinya.

Foto-foto yang dimuat naik oleh Choiza kelihatan sangat romantik bersama isteri tersayang semasa majlis berlangsung.

Majlis perkahwinan yang diadakan pada 9 Julai lalu disambut meriah oleh tetamu yang hadir bagi meraikan pengantin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok