Cantik! Fasha Sandha bergaya pakai baju RM15

PELAKON terkenal Fasha Sandha mengakui tidak kisah untuk menggayakan busana berharga murah asalkan kelihatan cantik.

Kata pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 39, harga pada sehelai baju tidak boleh memastikan si pemakai akan kelihatan cantik apabila menggayakannya.

“Alhamdulillah dengan pujian ramai mengenai baju berharga RM15 itu.

“Saya memang jenis seorang yang ringkas dan tidak kisah pakai baju murah ke apa, asalkan cantik,” katanya kepada HibGlam hari ini.

Tambahnya, baju berharga mahal belum tentu boleh memberi imej yang cantik kepada si pemakai.

“Harga bukan menjadi ukuran tetapi bagaimana membawa imej tersebut.

“Adakalanya pakai baju bernilai berpuluh ribu tetapi tetap tidak nampak cantik.

“Saya tidak kisah dan tak malu pun sebab memang pakai baju murah sahaja,” katanya membalas pujian seorang netizen mengenai busana yang digayakan dalam Instagram baru-baru ini.

Menerusi komen tersebut tersebut, individu tersebut memuji kecantikan Fasha walaupun hanya menggayakan baju berharga RM15.

“Cantik baju Fasha, beli RM15 pun tetap cantik,” kata netizen tersebut.

Terdahulu, Fasha memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia menari dengan memakai baju singkat berwarna hitam dan mengenakan inner berwarna coklat.

Perkara tersebut menjadi bahan pertikaian netizen dalam ruangan komen yang berpendapat gaya tersebut tidak sesuai dipakai olehnya walaupun mengenakan inner berwarna kulit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok