C.A.P dedah pernah ‘dicabul’

Bekas anggota kumpulan Teen Top, C.A.P mendedahkan cabaran perit yang perlu dihadapinya sepanjang menjadi bintang idola.

Jelas C.A.P, peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh setiap idola sangat melampau selain menyifatkan peraturan tersebut tidak sihat buat mental.

Saya rasa apa yang menyebabkan budaya ‘idol’ ini semakin teruk dan toksik ialah berlakunya tekanan melampau.

“Anda tidak boleh dating, tidak boleh merokok, tidak boleh minum (alkohol). Sangat stres,” jelasnya.

Tambah C.A.P lagi, terdapat perbezaan yang ketara antara pengalamannya sebagai orang baharu dan bintang bertahap idola.

“Semasa saya menjadi ‘pelatih’, itu menuntut kerja fizikal.

“Orang yang tidak pernah saya jangka, boleh mengutuk dan mengkhianati saya dengan alasan ambil berat tentang saya.

“Saya juga diganggu secara seksual,” dedahnya dalam satu wawancara. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok