[VIDEO] Burn The House Down penuh dendam

BURN the House Down merupakan drama siri Jepun terbaharu terbitan Netflix yang membariskan pelakon popular Mei Nagano sebagai Anzu dan Kyôka Suzuki (Makiko Mitarai).

Drama yang kini menduduki carta 10 cerita paling popular Netflix itu mengisahkan Anzu yang ingin membalas dendam terhadap wanita yang dipercayai telah membakar ibunya sehingga mati.

Demi menjayakan misinya itu, Anzu sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman ibu tirinya bagi mencari bukti mengenai kejadian hitam yang pernah menimpa mendiang ibunya.

Perkara sebaliknya yang berlaku sehingga dia sendiri mendapat tahu bahawa ibunya bukan dibunuh, namun menjadi individu yang memulakan kebakaran suatu ketika dulu.

Naskhah lapan episod arahan Yuichiro Hirakawa itu diadaptasi komik popular di Jepun yang menggunakan judul sama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok