Buku lali cedera, MK teruskan persembahan

BIARPUN mengalami kecederaan pada buku lali ketika latihan, penyanyi MK tetap mengadakan konsert RBW Summer Fes pada 16 Julai lalu.

Demi kecintaan yang tidak berbelah bahagi terhadap peminat, MK meneruskan persembahan pada hari itu.

Anggota kumpulan ONF itu bagaimanapun meminimumkan pergerakan bagi mengelakkan kecederaan itu jadi lebih teruk.

Pihak pengurusannya, WM Entertainment turut memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan peminat yang terlalu sayangkan MK.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok