Bomi tayang rumah 

SEJAK berpindah rumah hampir dua bulan lalu, penyanyi Bomi teruja berkongsi suasana kediaman baharunya yang terletak di kawasan luar bandar kepada peminat.

Anggota kumpulan Apink itu berkongsi setiap inci rumahnya dalam sebuah video YouTube.

Biarpun memaklumkan kediaman tersebut hanya berkeluasan sederhana, rumah Bomi sebenarnya mempunyai taman khas yang dijadikan ruang santai dan bermain dengan haiwan peliharaannya.

Pemilik nama lengkap Yoon Bo-mi itu tidak ketinggalan berkongsi perkara yang kurang seronok apabila hidup di luar bandar termasuklah ada seranggan seperti pepijat yang besar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok