Bengkak tonsil, Yeonho direhatkan

GARA-GARA masalah tonsil yang serius, penyanyi Yeonho tidak dapat menyertai konsert dan pertemuan bersama peminat yang dijadualkan di Taiwan.

Agensinya, Jellyfish Entertainment memaklumkan ahli kumpulan Verivery itu didiagnosis berdepan masalah tonsil selepas tiba di Taiwan dan terus segera dirawat di hospital.

Atas nasihat doktor, vokalis utama Verivery itu tidak dapat menyertai konsert pada 23 Julai dan acara tanda tangan bersama peminat pada 24 Julai.

Yeonho perlu menjalani rawatan sehingga benar-benar pulih.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok