Belum rancang kahwin, nikmati masa bersama – Aedy

Bermula sebagai bintang kanak-kanak, Aedy Ashraf atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berjaya membuktikan dirinya pelakon sejati apabila setiap persembahan yang dipamerkan di layar kaca tidak pernah mengecewakan.

Bahkan, dia antara figura seni generasi milenium yang sentiasa diperhati peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini karier dan sisi hidup peribadinya.

Apatah lagi dia kini sudah berusia 30 tahun, maka ramai tertanya-tanya bilakah jejaka tampan ini akan menamatkan zaman bujang.

Aedy kini bahagia menyulam kasih dengan pelakon dan pengacara jelita, Amelia Handerson. Bahkan, Aedy kini kian terbuka membicarakan soal cinta dan wanita yang bertakhta di hatinya itu.

Menzahirkan rasa syukur apabila hubungan mesra bersama Amelia direstui peminat, Aedy bagaimanapun enggan terlalu memikirkan hala tuju perhubungan sebaliknya memilih untuk menikmatinya dan  menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada Allah SWT.

Saya sangat selesa dengan Amelia, saya bersyukur peminat mendoakan yang baik-baik untuk kami.

Perancangan (kahwin) belum ada lagi, kami nikmati masa kami berdua. Kalau ada rezeki ada. Begitulah sebaliknya,” ujar Aedy dengan tenang.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok