Belum masuk industri, Baby Monster sudah ‘meletup’

KUMPULAN baharu, Baby Monster yang bernaung di bawah label YG Entertainment mendakap populariti sebelum debut dalam industri muzik Korea Selatan.

Buktinya, biarpun masih terikat dengan sesi latihan, akaun YouTube rasmi Baby Monster sudah melebihi tiga juta pengikut dalam tempoh kurang setahun selepas dikongsi kepada umum pada 28 Disember tahun lalu.

Lebih menarik, jumlah tontonan kandungan rasmi Baby Monster juga meroket.

Sejak akaun itu diwujudkan, video yang dipaparkan dalam saluran tersebut telah berjaya mencatat lebih 500 juta tontonan.

Daripada jumlah tersebut, video untuk lagu pra-debut berjudul Dream meraih 50 juta tontonan selepas mendominasi carta Youtube global sejurus selepas dikeluarkan.

Kumpulan Baby Monster dianggotai Ahyeon, Haram dan Rora dari Korea Selatan, Chiquita dan Pharita (Thailand), serta Ruka dan Asa (Jepun). Mereka dijadualkan debut sebagai kumpulan September ini.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok