Belle rangkul anugerah terlalu awal

ANGGOTA kumpulan Kiss of Life, Belle melakar kejayaan sulungnya selepas sepuluh hari debut apabila meraih anugerah utama sebagai penulis dan pencipta lagu.

Belle diumumkan sebagai pemenang Proud Korean Grand Prize dalam kategori komposer di Korea Best Brand Awards 2023 yang diadakan di Seoul.

Sebelum bergelar penyanyi, Belle sentiasa menuai perhatian ramai apabila dia telah menulis dan mengolah lagu berjudul Unforgiven untuk kumpulan popular, LE SSERAFIM.

Tidak terhenti hanya di situ, Belle telah membuktikan bahawa dirinya sebagai penulis lirik dan komposer yang berbakat dalam lagu sulung kumpulannya, Kiss of Life berjudul Shhh selain lagu solonya Countdown.

“Saya sentiasa bekerja keras kerana saya sukakan muzik. Jadi, ini benar-benar satu penghormatan besar dapat menerima anugerah berprestij sebegini.

“Dengan pengiktirafan ini, saya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi,” kata Belle dalam satu wawancara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok