[VIDEO] Bapa mentua saya selamat dikebumikan di London – Azhar

Jenazah bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Abdul Rajab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell, London, England, pada semalam (waktu London).

Pelakon, Azhar Sulaiman memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Assalamualaikum semua. Saya ingin memaklumkan urusan pengebumian arwah bapa mentua saya, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Chiqwell, London.

“Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman,” ujarnya.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, Azhar, 51, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menghadiri upacara pengebumian tokoh korporat ternama itu.

Terima kasih kepada mereka yang dapat hari ke majlis pengebumian hari ini,” katanya.

Allahyarham Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis konvokesyen cucunya, Rees Andika Pahamin pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, arwah yang meninggal dunia pada usia 77 tahun pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 serta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok