Bahu, belakang sakit, Haechan direhatkan

AKIBAT sakit berpanjangan pada bahu dan belakang badan, penyanyi kumpulan NCT Dream, Haechan tidak dapat menyertai program hiburan Inkigayo serta acara ramah mesra yang telah dijadualkan.

Berikutan ada masalah kesihatan, Haechan atau nama sebenarnya Lee Dong-hyuk diminta mendapatkan rawatan segera.

Pakar mengesahkan kesakitan yang dialaminya telah menyekat pergerakan untuk meneruskan jadual kerja dan memerlukan tempoh rehat yang cukup.

Disebabkan serangan kuat yang dihadapinya berlaku pada hari minggu Haechan dibawa untuk diagnosis menyeluruh bersama pakar Isnin lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok