Baby Shark versi Ernie, Syamel mantap!

BERUNTUNG sungguh dilahirkan sebagai Nur Khawla Soleha kerana beribubapakan Ernie Zakri dan Syamel.

Bukan sahaja anak pasangan selebriti ternama tetapi bertuah kerana Ernie dan Syamel mampu mendendangkan lagu kanak-kanak dalam versi mereka sendiri.

Paling mencuri perhatian apabila mereka menyanyikan lagu kegemaran Khawla iaitu Baby Shark dalam versi Arab.

KHAWLA bertuah dapat mendengar dendangan lagu dalam pelbagai versi oleh ibu bapanya.

Kata Ernie, Khawla tidak menyukai versi asal dan lebih menggemari susunan muzik baru.

Rata-rata netizen terhibur dan menyifatkan Khawla bertuah kerana memiliki ibu bapa yang boleh mendendangkan lagu dalam pelbagai versi.

Kalau nyanyian begini, kami pun boleh tidur lena,” seloroh netizen.

“Ernie dan Syamel tolonglah hasilkan lagu untuk kanak-kanak pula,” pinta peminatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok