Artis Malaysia jadi netizen, serang The 1975

ISU kebiadaban kumpulan The 1975 yang berlaku dalam sebuah festival muzik baru-baru ini mencetuskan pelbagai respons daripada masyarakat.

Disebabkan terlalu berang dengan perkara tersebut, ramai bertindak menyerang akaun media sosial milik kumpulan tersebut.

Bukan sahaja, orang kebanyakan dan selebriti tanah air turut ‘turun padang’ menyerang dengan melepaskan geram terhadap kumpulan itu terutama vokalisnya, Matt Healy.

“Tolong hormat negara kami, kalau tidak setuju dengan syarat negara kami, jangan terima awalnya,” kata Bunga Isme.

BUNGA ISME antara penyanyi yang mengencam sikap The 1975.

Muka macam siput, ada hati nak sembang. Anda sekarang ini  ‘musuh’ rakyat Malaysia,” getus Sharnaaz Ahmad.

“Anda sangat mengecewakan,” komen Siti Khadijah Halim.

Keterujaan beberapa selebriti mengecam The 1975 membuatkan pengguna media sosial terhibur serta berpendapat akhirnya mereka juga menjadi netizen.

Lucu, artis pula sudah jadi netizen.

“Semangat sungguh artis Malaysia mengecam The 1975,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok